SMK SS merupakan sekolah premier Negeri Terengganu mula ditubuhkan pada tahun 1921 dengan nama Government English School dan menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga. Pada tahun 1938 berpindah ke bangunan baru (tapak SR Sultan Sulaiman 1 sekarang) dengan nama Sultan Sulaiman English School. Penggunaan nama Sulatan Sulaiman adalah sempena nama Sultan yang memerintah negeri terengganu ketika itu. Pada tahun 1946 Sultan Sulaiman English School berpindah ke tapak yang sedia ada sekarang setelah bangunan sekolah sedia ada terbakar pada tahun 1951.   
1920 lahirlah sebuah institusi yang berjaya dalam bidang pendidikan di negeri Terengganu dan seterusnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultan Sulaiman. Encik Abdullah bin Taib adalah tokoh pertama yang dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan kelas dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Memenuhi amanah yang terpaksa dipikul, beliau telah berjaya memulakan kelas dari jam 1.00 hingga 4.00 petang secara menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga. Setelah lima tahun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tibalah masanya tempat beliau diganti oleh Encik G.M. Noiri dan diiktiraf sebagai Guru Besar pertama. Ketika itu, bilangan pelajar hanya seramai 35 orang dan guru pula dua orang, sementara kelas yang paling tinggi hanya darjah tiga. Bilangan pelajar yang terus meningkat sehingga seramai 100 orang memaksa tempat belajar dipindahkan ke sebuah bangunan berhampiran Istana Maziah. Justeru, ia dikenali sebagai Government English School. Darjah tertinggi meningkat kepada darjah 4.
Sekolah tetapPada 1936, sekolah sekali lagi terpaksa dipindahkan ke bangunan sementara di Batas Baru, Kuala Terengganu. Keadaan ini menyedarkan Encik T.E. Kempe (Penasihat British) tentang kepentingan mendirikan sebuah bangunan baru yang tetap. Pada 1938, impian menjadi kenyataan, bangunan di Jalan Gong Wan Abas Kuala Terengganu siap sepenuhnya dan dikenali sebagai Sultan Sulaiman English School. Pada 1939, Encik E.H.S Bretherton mengambil alih tugas sebagai Guru Besar dan pada 1940, diganti pula oleh Encik N.Rees. Sewaktu ditadbir oleh Encik A.Machado, Perang Dunia Kedua meletus dan memaksa sekolah ditutup selama 5 tahun.
Tragedi 12 Julai 1951Tragedi kebakaran pada malam 12 Julai 1951 telah memusnahkan seluruh bangunan sekolah, hanya beberapa buah bilik asrama putera terselamat. Kepekaan terhadap kepentingan menuntut ilmu mendorong DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkenan membenarkan sebahagian daripada Istana Maziah digunakan sebagai bilik darjah sementara. Tapak baru sekolah terus dicari dan satu kawasan seluas 4.4 ekar berhampiran Kuala Ibai, Kuala Terengganu telah dikenalpasti. 1 Ogos 1956 fasa pertama sekolah terdiri daripada 2 blok bangunan 2 tingkat, sebuah blok pejabat/perpustakaan dirasmikan.
Matlamat SekolahTahun demi tahun bilangan pelajar terus meningkat dan keperluan pendidikan semakin berkembang. Justeru, bilik darjah baru perlu ditambah selaras dengan terbinanya bangunan-bangunan baru. Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman(SMKSS), 14 buah blok bangunan dikenali sebagai Blok Primier dan Blok bestari serta Asrama Putera dan Asrama Puteri. Kini, setelah 87 tahun, SMKSS terus maju dan berkembang sehingga dinobatkan sebagai salah sebuah sekolah terbaik dan berprestij di Terengganu. SMKSS juga diiktiraf sebagai Sekolah Premier dan beberapa kali menjadi Sekolah Harapan Negeri Terengganu. Pada tahun ini,SMKSS juga terpilih sebagai salah sebuah [[Sekolah Kluster]] di Malaysia. SMKSS juga telah melahirkan ramai tokoh terkenal yang berjaya membentuk dan mencorak masyarakat yang membanggakan. Pelajar-pelajar yang menjejak langkah ke SMKSS hadir dengan pandangan dan perspektif masing-masing, corak pemikiran dan gaya kehidupan yang berbeza.Walaupun begitu semua warga SMKSS berjaya disatukan dengan satu slogan Usaha,Tekun dan Jaya yang kemudiannya ditukar kepada Pelajar Cemerlang, SS Gemilang pada tahun 2002. Andainya mereka yang berjuang demi matlamat ini sejak 1920 dapat melihat kedudukan serta pencapaian SMKSS hari ini, sudah tentu mereka akan kagum dan berbangga dengan kecemerlangan SMKSS.
Dataran Perdana (Dataran Perhimpunan) | | | |
RINGKASAN SEJARAH SMKSS TAHUN | PERISTIWA | 1921 | Sekolah ditubuhkan –menumpang di Sek. Melayu Paya Bunga | 1936 | Pindah ke Bangunan baru -dikenali sebagai Gov. Eng. School, berhampiran Istana Maziah. | 1938 | Satu lagi bangunan baru siap dibina. Dikenali sebagai Sultan Sulaiman English School di Jalan Gong Wan Abas (SRSS 1 sekarang) | 1941-46 | Perang Dunia II meletus, sekolah ditutup. | 1921 | Sekolah ditubuhkan –menumpang di Sek. Melayu Paya Bunga | 1936 | Pindah ke Bangunan baru -dikenali sebagai Gov. Eng. School, berhampiran Istana Maziah. | 1951 (12.7) | Seluruh sekolah terbakar, menumpang di Istana Maziah | 1952 | ‘The Sulaimanians’ diterbitkan | 1956 | Fasa I bangunan sekolah dirasmikan di kawasan seluas 44.4 ekar | 1957 | Asrama Putera dibina | 1958 | 1 blok makmal sains dan 1 blok bengkel SP/ERT | 1961 | Padang sekolah mula digunakan | 1962 | Dewan Besar mula dibuka secara rasmi | 1964 | Asrama Puteri dibuka | 1966 | Tingkatan 6 aliran Sastera dibuka | 1968 | Tingkatan 6 aliran Sains dibuka | 1969 | Blok Tuah dibuka secara rasmi oleh Y.B. Menteri Pelajaran waktu itu iaitu Dato Abdul Rahman Yaakob | 1973 | Astaka,Blok sains baru dan bangunan tambahan Asrama Puteri dibina. | 1975 | Perayaan menyambut Jubli Emas | 1982 | Surau sekolah yang menelan belanja RM20,000 mula dibina dan mula digunakan sepenuhnya pada tahun 1984 | 1985 | Sebuah tangki air dibina bagi menampung keperluan 650 orang penghuni Asrama Puteri | 1989 | Dua blok satu tingkat mengandungi 4 kelas setiap blok dibina bagi menampung keperluan kelas KBSM. | 1991 | Dua blok baru tiga tingkat dibina berhampiran Asrama Puteri. Blok ini menampung kelas tingkatan 1 dan 2 . | 1992 | Sebuah bangunan kantin baru dibuka (kantin C) | 1996 | Tambahan bangunan surau | 1997 | Sebuah astaka baru dibina di antara blok Jebat dan Dewan Besar | 1998 | Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan mula ditawarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan bangunan bengkel kejuruteraan telah siap dibina | 1999 | Pembinaan satu blok bangunan sekolah 2 tingkat, 1 blok bangunan makmal sains dan 1 blok bangunan pentadbiran serta kerja-kerja penyelenggaraan dan ubahsuai yang melibatkan kos lebih kurang RM 3juta. | 2001 | Pembinaan pondok bacaan baru antara Blok Rhu dengan Blok Jebat dan sutuh surau. Pembinaan makmal komputer | 2002 | Galeri Sekolah dibuka Dataran Ilmu di pondok Teratai bersebelahan dewan. Menaik taraf bilik ERT | 2003 | Pembinaan gimnasium Menaiktaraf pejabat sekolah dan membina pondok jaga di pintu utama. | 2004 | Makmal Komputer, Pembesaran Surau, | 2005 | Menurap jalan laluan utama blok Premier dan Bestari Menaik taraf Anjung Persinggahan | 2006 | Menaik taraf bengkel-bengkel Kemahiran Hidup dan PSS. Penubuhan Pusat Aksess Sekolah | 2007 | Pondok bacaan di Blok Bestari dan Premier dibina. Bilik Kuliah Hj Daud dan Galeri Seni diwujudkan Pengiktirafan Sekolah Kluster. | 2008 | Pembinaan 2 blok asrama puteri dan rumah warden. Pembesaran surau. |
BANGUNAN BERSEJARAH BANGUNAN PENTADBIRAN
DEWAN BESAR 1962
ASRAMA PUTERI 1964
|