JALAN SULTAN MAHMUD
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
20400 Malaysia.
Tel: 09-6175315
Search: 
SMK SULTAN SULAIMAN

Curriculum
 

1.0 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM

1.1 Waktu Persekolahan

        Ahad dan Khamis : 7.30 pagi hingga 2.30 petang

      Isnin hingga Rabu : 7.30 pagi hingga 4.30 petang termasuk kokurikulum   

                                dan kelas tambahan

1.2 Masuk dan Keluar kelas

    1.2.1 Semua guru diwajibkan menepati masa masuk dan keluar kelas.

    1.2.2 Semua guru hendaklah memastikan kelas bersih terlebih dahulu sebelum memulakan P&P.

    1.2.3 Guru masa pertama dan akhir mestilah bersama dengan pelajar di dalam kelas untuk mengaminkan doa, memastikan kelas berada dalam keadaan bersih, tingkap dan peralatan elektrik ditutup dan meninggalkan kelas selepas semua pelajar keluar daripada kelas.

1.3 Menamatkan Sukatan Pelajaran

    1.3.1 Kelas Peperiksaan          : Julai

    1.3.2 Kelas Bukan Peperiksaan : Akhir September (Tingkatan 4 dan Pra U

                                               Rendah)

                                             : Akhir Ogos (Tingkatan 1 dan 2)

1.4 Proses Pengajaran dan Pembelajaran

    1.4.1 Semua guru dikehendaki mematuhi elemen 9 Standard Kualiti 

               Pendidikan Malaysia (SKPM).

     1.4.2 GKMP dan Ketua Panitia juga dikehendaki membantu guru mata

            pelajaran dalam membina dan menggunakan modul topikal dalam proses

            P&P serta menyediakan Latihan Cuti Terancang.

1.5 Penggunaan Bilik-bilik Khas

    1.5.1 Guru-guru hendaklah merancang sesi P&P di perpustakaan, Makmal

            ICT, Pusat Akses Sekolah dan lain-lain bilik khas secara teratur, dan

            memanfaatkan alatan di bilik-bilik tersebut secara efektif. Pelajar-

            pelajar yang dibawa mestilah diberi tugasa dan diselia secara bijaksana

            oleh guru berkenaan.

1.6 Dokumentasi

     1.6.1 Setiap aktiviti sekolah mestilah didokumentasikan dan dihantar tiga

             salinan selewat-lewatnya 2 minggu selepas aktiviti dijalankan kepada

             Penolong Kanan yang berkenaan.

1.7 Meninggalkan Kawasan Sekolah

      1.7.1 Guru yang meninggalkan kawasan sekolah kerana berkursus,   memberi ceramah dan lain-lain tugas arahan Jabatan diminta membina jadual penggantian dan mencatat butiran dalam buku hadir kursus.

     1.7.2 Guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan peribadi   mestilah memohon cuti rehat khas sekiranya tempoh masa bertugasnya pada hari tersebut tidak mencukupi separuh daripada masa bertugas. Bagi guru-guru yang ada temu janji hospital sila dapatkan time slip/ cuti rehat (MC). Seboleh-bolehnya aturkan temu janji di sebelah petang. Guru hendaklah mencatat masa keluar dan pulang di dalam buku keluar di pejabat sekolah.

    1.7.3 Guru yang terlibat dengan mesyuarat dan lain-lain urusan rasmi di sebelah petang dibolehkan meninggalkan kawasan sekolah 1 jam lebih awal.

    1.7.4 Semua guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kerana urusan bukan rasmi kecuali dengan kebenaran pengetua dan dicatat dalam buku keluar.

1.8 Pakaian

    1.8.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur dan mengikut pekeliling. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai, tidak ketat dan tidak mencolok mata.

1.9 Kajian Tindakan

   1.9.1 Semua unit: Melalui Kurikulum, HEM dan Kokurikulum mesti mengadakan kajian tindakan dan didokumentasikan.

1.10 Latihan Dalam Perkhidmatan Berasaskan Sekolah (LDPBS)

   1.10.1 Adalah menjadi tanggung jawab dan inisiatif guru untuk mencukupkan jumlah 7 hari kursus (Pekeliling perkhidmatan Bil 6/2005) yang mewajibkan dalam setahun bagi semua guru dan kaki tangan.

1.11 Sekiranya guru tidak hadir bertugas semasa program sekolah yang melibatkan cuti peristiwa, guru dikehendaki mengambil cuti rehat khas.

FOKUS SEKOLAH

KURIKULUM

  • Peperiksaan PMR 2009
  1. Lulus semua mata pelajaran      100%
  2. Bilangan mendapat A                40%
  3. Gred Purata Sekolah (GPS)        1.25
  • Peperiksaan SPM 2009
  1. Lulus semua mata pelajaran      100%
  2. Bilangan mendapat A                 12%
  3. Gred Purata Sekolah (GPS)         3.0
  • Peperiksaan STPM 2009
  1. Peratus lulus                          100%
  2. Gred Purata Sekolah (GPS)         3.0

 

 
 

 

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

 

Pengerusi           : Pengetua

Naib Pengerusi    : GPK Pentadbiran

                         : GPK HEM

                         : GPK Kokurikulum

                         : GPK Pra U

Setiausaha         : Pn. Hjh. Jalilah bt. Othman

P. Setiausaha     : Pn. Fatimah bt. Ngah

AJK                   : Guru-guru Kanan Mata Pelajaran

                        : Penyelia Blok Bestari

                        : Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran

                        : Penyelaras Projek SMR

                        : Penyelaras Projek SMA

                        : Penyelaras Projek Pra-U

                        : Penyelaras Media Sekolah

                        : Penyelaras Buku Teks

                        : Penyelaras Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ)

                        : Penyelaras PPSMI

                        : Kaunselor Pelajar

                        : Setiausaha Peperiksaan

 

 
 

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN

20400 KUALA TERENGGANU

 

LAPORAN PROJEK SMA 2009 ( sehingga Mac )

 

BIL

AKTIVITI

TARIKH

PELAKSANAAN

CATATAN

1.     

Mesyuarat Projek SMA Kali pertama dan Perjumpaan pihak pengurusan SMKSS dengan guru mata pelajaran

 

 15.01.09

1.15 petang

Bilik Mesyuarat SMKSS

Semua guru mata pelajaran Tingkatan 4 dan 5

 

 

2.     

Seminar Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan SPM Parlimen Kuala Terengganu Tahun 2009

10.01.09

8.00 pagi – 1.00 tgh

Dewan SMK Sultan Ahmad

36/40 pelajar terbaik pep akhir tahun T4

Anjuran Yayasan Pelajaran MARA & GPMS

 

3.     

Kelas Kecemerlangan SPM

16,18,21 Feb

 2,14,15,16,28,30 Mac

9 kali, bersama PPTT

Pemantauan – Kehadiran kurang memuaskan.

 TH : Denda Kali I berlari di trek satu pusingan,

Denda kali II mencabut  5 pokok semalu/orang di padang sekolah

 

4.     

Lawatan ke Pameran & Ceramah Kerjaya Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2009

28.02.09

Universiti Malaysia Pahang

28 pelajar (5AA)

Pameran & Ceramah

 

5.     

Perjumpaan Pengetua dengan pelajar lemah Additional Mathematics 5S dan 5P

24.03.09

Bilik Mesyuarat SMKSS

Prestasi TOV kurang memuaskan, cadangan untuk menggugurkan subjek dalam SPM

 

6.     

Program Jejak Bestari 1

31.03.09

2.30 petang

Bilik Kuliah Hj Daud

12 pelajar cemerlang SPM 2008

40/50 orang pelajar terbaik TOV

Forum dan dialog

 

7.     

Fail Volume Kerja ( Borang Individu)

Mac

Ketua kelas bertanggungjawab menyimpan fail, guru mata pelajaran tanda tangan set volume kerja yang disiapkan

 

8.     

Kem Gemilang  SPM – Fasa I

(Ceramah & Bengkel Teknik Menjawab) 

9 – 11 April

AnguliaBeach Resort

 

Tumpuan subjek elektif:Physics, Chemistry, Additional Mathematics, Biology,Prinsip Akaun & Engineering Drawing

Semua pelajar 5D,5H,5I & 5J (113 orang)

 

 

Disediakan oleh,

 

Setiausaha Projek SMA 2009

 

 

PELAN OPERASI PROJEK SMA 2009

 

BIDANG KURIKULUM

 

Nama Projek

Kem Kecemerlangan  SPM (Terbilang,Gemilang & Cemerlang)

Objektif

Memastikan semua pelajar SPM Lulus 100% dalam semua mata pelajaran

Tempoh

3x setahun ( 3 Fasa : Mei, Ogos, Oktober)

Kumpulan Sasaran

Semua pelajar tingkatan 5

Guru Terlibat

1.Penolong Kanan Pentadbiran

2.Penyelaras SMA

3.Setiausaha Projek SMA

4. AJK Projek SMA

5.Guru Mata Pelajaran

Proses Kerja

1. Taklimat Program Kem Kecemerlangan SPM

    1.1  Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran

    1.2  Penerangan tentang program Kem Kecemerlangan SPM

    1.3  Pelantikan Penyelaras Kem Terbilang, Kem Gemilang  

           dan Kem Cemerlang

 

2. Kenal pasti kumpulan sasaran

    2.1 Analisis prestasi TOV

    2.2 Pembahagian pelajar kepada kumpulan mengikut prestasi

 

3. Perbincangan sesama guru mata pelajaran dan pembinaan

    bahan/item untuk perbengkelan.Kem ini merupakan

    kesinambungan ceramah teknik menjawab yang dianjurkan

    setiap panitia.

 

4. Kem ini dijalankan dalam tiga fasa iaitu sebelum

    peperiksaan pertengahan tahun, sebelum  peperiksaan

    percubaan dan selepas peperiksaan percubaan SPM.

 

5. Pelaksanaan aktiviti

    5.1  Pelajar dibimbing menjawab soalan objektif, struktur dan

           esei dalam bengkel I (topik tingkatan 4) dan bengkel II

           (format SPM) pada hari Sabtu

5.2      Pelajar menjalani pemulihan dan pengayaan dalam kem

fasa III selama 3 hari dan 2 malam.

5.3      Penilaian dijalankan berdasarkan peningkatan prestasi

dalam peperiksaan.

Kekangan

 

 

 

Pemantauan

 

 

 

Penilaian

 

 

 

Penambahbaikan

 

 

 

 

 


Created by Edunet.com.my & SMK SULTAN SULAIMAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman
JALAN SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU
TERENGGANU, 20400 Malaysia.